Sunday, August 29, 2004

Pengurusan - Ash-Syifa'


Pengurus Ash-Syifa'

1. Hj Akhmudi - penulis lagu nasyid terkenal antara lagu dengan lagu RINDU dari hijjaz dan juga Rabanni, menubuhkan Al-Widad pada tahun 1997 - 1998 melatih dan mengurus sekaligus kumpulan ini. 

2. Hj.Sulaimi - mengambil alih pengurus kumpulan ini lalu di beri nama dari Al-Widad kepada Ash-Syifa' pada tahun 1999 - 2000, oleh kerana beliau pada masa tu ingin menunaikan hj. maka beliau telah mengamanahkan anak buahnya di urus oleh ibu 

3. Ibumisali - Pengasas dan Pengerusi NNS, mengambil alih teraju, mengurus kumpulan ini dari tahun 2000 - 2005 dan kumpulan ini beralih ke balai Rakyati Ayer Rajah CC, latihan hujung minggu kerap di adakan begitu juga dengan show2 dan persembahan nasyid sekitar tahun yang di sebutkan. 

Masa tu rasanya ibu serba salah juga nak urus Ash-Syifa', kalau nak di ikutkan sebagai pengasas nasional nasyid ibu tak seharusnya mempunyai kumpulan di bawah jagaan ibu, ni harus berlaku adillah pada semua kumpulan di bawah naungan Nasional Nasyid Singapura (PA atau persatuan rakyat). Tapi memandangkan ia adalah amanah, ibu cuba untuk mengurus dan anak2 dari kumpulan ini juga minta ibu untuk uruskan kumpulan mereka, ibu ambil keputusan beberapa minggu selepas itu mulalah perjalanan Ash-Syifa bersama ini mengurusi mereka dan show2 nasyid. 

Ibu urus Ash-Syifa dalam jangka masa 5 tahun lebih ni rasanya dah berbagai-bagai kegiatan dan show telah Ash-syifa' ibu kenalkan, show demi show, di Expo-expo, di badan-badan Islam setempat, rumah kebajikan kanak-kanak dan juga rumah orang orang tua, satu lagi pengalaman menarik ibu bawa mereka membuat persembahan hingga ke tanjong pinang menimba pengalaman buat show di negara seberang kalau tak silap show world aids foundation, yang mana pada masa itu turut hadir artis2 singapore dan juga indonesia, mmg tak dapat di lupai kenangan masa di sana tu. 

Alhamdulillah banyak telah anak-anak ini pelajari, pening juga kadang tu berlambak show tiap minggu tak tau mana satu nak ambil. Seperti biasa show kebajikkan juga yang ibu pilih biarlah berkat apa yang kita buat, walaupun menyampaikan dakwah menerusi lagu-lagu nasyid niat tu hanya satu LillahitaAllah dan bernasyid sambil beramal itu tujuan utama kami dan bernasyid untuk mendapat keredaan Allah SWT insyAllah AMIN.

Gambar persembahan Ash-Syifa' Sunday, August 29, 2004

No comments:

Post a Comment