Thursday, March 19, 1998

TERCETUS IDEA PENUBUHAN NNS

Banyak yang ibu pelajari dari teman teman dan dari event2 yang ibu terlibat dan lihat sendiri, seperti cara pengurusan event dan Pertandingan Nasyid, Pengurusan Artis, Penjagaan waktu dan banyak lagi, segulung ucapan terima kasih ibu ucapkan kepada semua yang membantu. 


Teringat sorang teman yang banyak ibu belajar dari beliau, ketabahan dan semangat beliau mengendalikan tugasnya banyak menjadi pembakar semangat bila ibu sendiri kendali kan projek sendiri, alhamdulillah ini yang di katakan bila kita berkawan dengan baik dan sabar kita jugak dalam jugak ilmunya insyallah dan jika orang yang sebaliknya, banyak yang dipelajari alhamdulillah ini lah yang ibu kata 'pengaruh baik' dan mentor yg baik pada ibu, thanks khai, sama sama jatuh dan sama sama kita pertingkatkan ilmu dan berjaya bersama amin.

Selepas membantu teman ibu di pertandingan Anugerah Nasyid itu, ibu membantu beliau untuk menganjurkan sebuah lagi event anjuran bersama rumah anak2 yatim muhamadiah, organizer inginkan 3 kumpulan dan seorang penyanyi dan yang mereka request adalah pn.Fatimah M.Amin, bahagian nasyid cik khairiah yang menguruskan nya di bantu oleh ibu dan rakan2, tiga kumpulan nasyid telah ibu panggil seperti Inabah, Munir dan Ash Syifa'.

Persembahan Nasyid: Ibumisali & Pn.Fatimah @ Youtube
(banyak video lagi di youtube ;) cariklah k)

Kiri Ibu dan kanan kak Fatimah M.Amin Penyanyi dan penyeri mlm itu adalah kak Fatimah M Amin, beliau membawa dua buah lagu yayadan [yang di popularkan oleh sharifah aini] dan guruh di langit [ustaz syed hamid], beliau di bantu oleh kumpulan ash syifa' Juara National Nasyid Singapura, masa nak menyanyikan lagu kedua, beliau sempat memanggil ibu untuk sama2 menyanyikan lagu nasyid yang berjudul 'Guruh di langit' sekilas petir ibu lari menuju ke arah pentas, itulah pertama kali ibu menyanyi bersama dengan sorang penyanyi Diva pop yeah yeah yang ibu minati, rasa gementar pada mula tu telah dapat di atasi dan dapat membawa lagu dgn baik bersama kak Fatimah M.Amin.

Itulah permulaan ibu melangkah ke alam nasyid dan dunia Event ni, suatu pengalaman manis yang tak dapat ibu lupakan hingga kini. oklah nanti ibu sambungkan lagi..


sabar menanti...
Jazakallahu Khairan Khathira

4 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumsalam, ada tu hilang banyak, hackers da 'ambil alih youtube lama dan banyak perubaha dalam tu so mana yg dapat ibu save kan ibu akan upload dkt sini atau di utube baru NNS k

      Delete
  2. Ada tk video2 nasyid yg lain pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi di Youtube National Nasid Singapore di sini https://www.youtube.com/channel/UCcq233ihrm3nbHW64Ucmp6g/videos

      Delete